KEK BUAH KUKUS PREMIUM

Sebagai pengeluar kek buah kukus premium, Asmara Delights (M) Sdn Bhd begitu mementingkan kualiti dan rasa kek yang dihasilkan.

Kek buah kukus premium Asmara Delights disediakan menggunakan resipi klasik yang telah diolah dan diubahsuai oleh pengasas kami.

Kek buah kukus Asmara Delights mempunyai tekstur kek yang lembut, kurang manis, moist dan tidak berminyak; seterusnya menjadi pilihan utama setiap peringkat umur.

Asasnya ialah penggunaan bahan-bahan HALAL dipilih khas dan bermutu tinggi. Contohnya dari segi penggunaan mentega kami memilih untuk menggunakan 100% MENTEGA ASLI kerana mentega asli mengandungi lebih 80% lemak susu dalam kandungan beratnya berbanding mentega susu lepa yang mengandungi kurang lemak susunya. Maka jika anda menggunakan lemak asli untuk membuat kek, hasilnya ternyata lebih gebu, enak dan aromanya lebih harum dan sudah tentu lebih menyelerakan.

Kek buah kukus premium Asmara Delights disediakan dalam beberapa saiz; 60gm, 80g, 500gm, 1kg dan 1.5kg.

Kek bersaiz 60gm dan 80gm ialah kek yang telah dipotong dan dipek menggunakan plastik cerah. Kedua-dua saiz kek tersebut disediakan sebagai doorgift dan di masukkan kedalam kotak doorgift yang boleh di personalisasikan mengikut keperluan majlis anda.

Kek buah kukus premium Asmara Delights yang bersaiz 500gm, 1kg dan 1.5kg dipek di dalam kotak menarik sesuai dijadikan sebagai buah tangan ketika menziarahi ahli keluarga atau kenalan dan sebagai tanda penghargaan kepada rakan niaga atau pelanggan korporat anda.

Segala urusan pembelian dijalankan secara atas talian dan akan dihantar menggunakan perkhidmatan kaurier ke alamat seluruh Malaysia.

Kami telah mengambil segala langkah yang perlu dari segi kaedah pembungkusan untuk memastikan pelanggan kami sentiasa menerima pesanan mereka dengan sempurna dan tepat pada waktunya. Tempahan anda mendapat perhatian khusus daripada team kerja Asmara Delights.

 

KAMI MENGHARGAI TEMPAHAN ANDA.